Friday, May 15, 2009

Mesyuarat Pembinaan Item Kali Kedua

Mesyuarat Pembinaan Item Modul Gemilang Sejarah SPM dan PMR 2009 diadakan di Pulau Pangkor pada kali ini. Pulau nan indah ini dipilih kerana suasana yang nyaman dan tenang mungkin akan menaikkan lagi semangat Guru-guru Sumber dalam membina item yang berkualiti.
Uptown Beach Resort dipilih kerana ada perkhidmatan wifi percuma disediakan oleh pihak resort, oleh itu setelah kerja-kerja pemurnian item maka soalan-soalan yang dibina boleh terus dimasukkan di dalam blog untuk SPM dan PMR, Kerja upload ini mungkin dapat dijalankan keesokkan harinya kerana ada masalah wifi semalam dan pagi ini.
Taklimat dan mesyuarat tentang pertemuan kali ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Razak Manaf, Penyelia Kurikulum Sejarah, JPN Perak. Kali ini dua kumpulan bermesyuarat bersama-sama iaitu Gemilang Sejarah dan ICT.
Guru-guru sumber khusyuk mendengar taklimat dari Tuan Haji Abdul Razak sebelum memulakan tugas masing-masing.