Wednesday, April 15, 2009

Subjek Sejarah bakal dirombak

BATU PAHAT 14 April - Pendekatan pengajaran mata pelajaran sejarah bagi sekolah rendah dan menengah yang kini berasaskan peperiksaan mungkin dirombak supaya berbentuk penghayatan di kalangan para pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pendekatan sedia ada kurang berkesan untuk melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik dan cintakan negara.

Menurutnya, pembelajaran Sejarah seharusnya lebih tertumpu kepada usaha menanam kefahaman terhadap pelbagai aspek sejarah dan bukan semata-mata berasaskan peperiksaan.

''Maka dengan ini barulah mata pelajaran itu dapat difahami dan dihayati sehingga melahirkan semangat juang di kalangan anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis kesyukuran sempena kejayaannya dipilih ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran anjuran UMNO Bahagian Batu Pahat di sini malam tadi.

Lebih 2,000 orang termasuk isteri Mohd. Puad, Dr. Rubiah Leman dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hadir pada majlis tersebut.

Mohd. Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata, perkara tersebut akan dibawa pada mesyuarat jawatankuasa Kabinet akan datang untuk dibincangkan.

''Oleh kerana perkara ini penting, maka sebelum itu saya akan berbincang terlebih dahulu dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Beliau berkata, mata pelajaran sejarah penting dipelajari semua pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan enam bagi melahirkan generasi yang memiliki jati diri dan cintakan negara.

Terdahulu ketika berucap, beliau menggesa ahli-ahli UMNO agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melahirkan konsep Satu Malaysia.

''Konsep ini mempunyai matlamat yang cukup besar dalam membela nasib rakyat," katanya.

Mohd. Puad juga berikrar untuk memikul segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan ekoran pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran yang baru.

Wednesday, April 1, 2009

Mengapa perlu belajar sejarah?


Pernahkan anda terfikir mengapa perlunya belajar sejarah? Sewaktu di sekolah menengah tentu ada rakan-rakan yang bertanyakan soalan ini kepada guru sejarah.
Sewaktu bersembang-sembang dengan murid-murid mengenai sekolah dan pelajaran, ada seorang murid bertanya, kenapa perlu belajar sejarah? Tidakah ia membuang masa?

Adakah kita membuang masa dengan belajar sejarah?
Sejarah bukan hanya untuk menghafal fakta-fakta tanpa mengaitkannya dengan kehidupan kita sehari-hari bahkan ianya sebagai panduan hidup. Dalam sejarah kita dapat mengkaji mengapa sesuatu peristiwa berlaku, tokoh-tokoh yang terlibat dan bagaimana mereka bertindak mengatasi masalah yang timbul. Dengan adanya pengetahuan ini maka kita akan menjadi manusia yang lebih bijaksana dan bersedia dalam menghadapi segala permasalahan yang mungkin timbul. Dengan mempelajari sejarah kita akan lebih mengenal diri kita sendiri. Kejayaan generasi lampau boleh dijadikan iktibar dan semangat untuk kita mencipta kejayaan pada hari ini. Kegagalan generasi lampau boleh juga dijadikan iktibar dan teladan agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Jadi adakah membazir masa dengan belajar sejarah?

Tentulah TIDAK.

Di Mana Kita???

Kata-kata renungan dari Prof. Diraja Ungku Aziz.
Mungkin boleh kita sama-sama renungkan kot :

RAJIN BEKERJA, MALAS BERCAKAP - Kena Buli
MALAS BEKERJA, RAJIN BERCAKAP - Wayang Cina
MALAS BEKERJA, MALAS BERCAKAP - Tak Guna
MALAS BEKERJA, SUKA MENGADU - Langau (Lalat Hijau)
MALAS BEKERJA, SUKA PONTENG - Lebih Baik Berhenti
MALAS BEKERJA, SUKA TERMENUNG - Lebih Baik Mati
RAJIN BEKERJA, RAJIN MENGADU - Kaki Bodek
RAJIN BEKERJA, RAJIN BERCAKAP - Bagus

Jadi, di manakah anda?